USIM, IRM bangunkan Projek Aqua di Sabah - Utusan Malaysia

USIM, IRM bangunkan Projek Aqua di Sabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 8 April – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan kerjasama sektor Air, Sanitasi dan Kebersihan Islamic Relief Malaysia (IRM) berjaya menyiapkan Projek Aqua di Kampung Tagupi Laut, Lahad Datu, Sabah semalam.

NAIB Canselor USIM, Musa Ahmad (tengah) dan Ikon IRM, Diana Amir (tengah) bersama penduduk kampung mencuba air bersih dari Projek Aqua di Kampung Tagupi Laut, Lahad Datu, Sabah. – UTUSAN ONLINE

Projek Aqua yang dibina dengan kos RM 20,000 akan memberi manfaat kepada 3,000 penduduk kampung yang terletak di kawasan Pantai Timur Sabah iaitu kira-kira empat jam perjalanan dari bandar Tawau.

Memuatkan artikel berkaitan…

Projek yang tercetus atas niat murni bagi memastikan penduduk kampung mendapat sumber air bersih dan bebas daripada penyakit itu digerakkan oleh mahasiswa USIM yang terlibat dengan program kesukarelawanan ‘Gap Year’ bersama IRM.

Penyerahan rasmi projek kepada penduduk kampung itu disempurnakan oleh Naib Canselor USIM, Prof. Datuk Dr. Musa Ahmad.

Menurutnya, projek itu akan memberi manfaat besar kerana mewujudkan sistem perpaipan yang bersistematik dari kawasan telaga ke perumahan penduduk, tapak pertanian dan masjid.

“USIM dan IRM berhasrat untuk membantu komuniti Kampung Tagupi Laut supaya bergerak seiring dengan arus perdana perkembangan ekonomi di Sabah.

“Justeru, Projek Aqua ini merupakan salah satu inisiatif bagi komuniti itu mendapatkan bekalan air bersih sekali gus mampu meningkatkan taraf hidup setempat.

“Kita menyedari proses membasmi kemiskinan di Sabah mempunyai kekangan besar terutamanya daripada segi cabaran geografi dan demografi. Namun begitu, melalui keprihatinan pelbagai pihak seperti yang kita laksanakan ini, kita yakin ia dapat diatasi secara kolektif,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini