United sedia jual Sanchez dengan harga RM267 juta - Utusan Malaysia

United sedia jual Sanchez dengan harga RM267 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 5 April – Kecewa dengan prestasi hambar Alexis Sanchez, pengendali Manchester United Ole Gunnar Solskjaer bersedia menjual bintang Chile itu dengan harga 50 juta pound (RM267 juta) pada musim panas ini.

Meskipun, Sanchez berjaya mempamerkan aksi menakjubkan bersama Arsenal selama tiga musim namun selepas berhijrah ke Old Trafford pada Januari 2018 dengan menandatangani kontrak sehingga 2022 menerusi pertukaran dengan Henrikh Mkhitaryan, dia gagal memberi impak sama.

Sepanjang 41 penampilan dalam semua perlawanan bersama Red Devils, bintang Chile berusia 30 tahun itu, sekadar menjaringkan lima gol.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bagaimanapun, Sanchez menegaskan dia mahu membawa kegembiraan kepada penyokong United dan membantu pasukan memenangi lebih banyak trofi musim depan.

“Saya ingin sentiasa menunjukkan cinta saya kepada bola sepak. Saya tahu apa yang boleh lakukan dan percaya dengan kebolehan saya.

“United sebuah kelab penting bukan sahaja di England tetapi di peringkat global dan saya mahu membantu pasukan memenangi lebih banyak trofi untuk penyokong,” katanya.

Bekas pemain Barcelona itu, menikmati gaji 505,000 pound (RM2.68 juta) seminggu namun peluang untuk dia terus kekal di United agak tipis apabila bergelut dengan kecederaan lutut, malah turut tidak ada dalam perancangan Solskjaer.

Penjualan Sanchez juga dilihat sebagai peluang untuk David De Gea menandatangani kontrak baharu bersama United.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini