United akan ambil tindakan tegas - Utusan Malaysia

United akan ambil tindakan tegas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 18 April – Manchester United akan mengambil tindakan paling tegas terhadap mana-mana individu yang memberikan komen berbaur perkauman terhadap Ashley Young di media sosial.

Komen berbentuk diskriminasi yang ditujukan kepada pertahanan United itu muncul di laman Twitter selepas mereka tersingkir di suku akhir Liga Juara-Juara.

Young beraksi sepenuh masa ketika skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer tewas 0-3 dalam aksi timbal balas kejohanan elit Eropah itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Manchester United mengutuk komen-komen berbaur perkauman di media sosial selepas aksi Liga Juara-Juara.

“Kami sedang mengenal pasti individu yang terlibat dan akan mengambil tindakan paling tegas terhadap mereka.

“Tiada tempat untuk unsur perkauman dalam sukan ini, dalam masyarakat secara menyeluruh dan kami komited untuk membebaskan bola sepak daripada sebarang bentuk diskriminasi,” katanya.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini