KUALA LUMPUR 10 April – Malaysia Marine and Heavy Engineering Sdn. Bhd. (MMHE) serta rakan usaha samanya, Hiap Seng Engineering Limited., memperoleh perjanjian perkhidmatan induk bagi pemulihan bersepadu mekanikal utama dan penyelenggaraan statik dari Petronas. MMHE adalah anak syarikat milik penuh Malaysia Marine and Heavy Engineering Holdings Bhd. (MHB). Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, MHB berkata perjanjian itu sah selama lima tahun dengan pilihan dilanjutkan oleh syarikat minyak negara itu.…










