KUALA TERENGGANU – Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menjalin kerjasama strategik dengan Yayasan Diraja Sultan Mizan (YDSM) program laluan khas pelajar daripada golongan berpendapatan rendah (B40) mulai sesi kemasukan tahun ini. Naib Canselor UniSZA, Prof. Datuk Dr. Hassan Basri Awang Mat Dahan berkata, selain pelajar dalam kalangan keluarga berpendapatan RM3,000 ke bawah, ia turut melibatkan golongan Orang Asli dan Orang Kelainan Upaya. Beliau berkata, program laluan khas bagi kemasukan pelajar…










