SYDNEY – Undang-undang senjata api baharu New Zealand yang baharu ditandatangani secara rasmi dan mula berkuatkuasa semalam. Undang-undang itu mengharamkan senjata api separa automatik gaya tentera, kurang sebulan selepas seorang pengganas kulit putih membunuh 50 jemaah di dua buah masjid di Christchurch. Gabenor Jeneral, Patsy Reddy menandatangani rang undang-undang itu lewat semalam, manakala ia mula berkuat kuasa pada waktu tengah malam. Undang-undang baharu itu bertujuan melupuskan senjata api separa automatik…










