PULAU PINANG 4 April – Lebih 15 pengusaha syarikat bas ekspres di negeri ini akan mengambil penumpang di luar Terminal Bas Sungai Nibong mulai esok kerana mendakwa kawasan itu kini dikuasai oleh ulat tiket. Ulat tiket berkenaan dikatakan bergerak dalam bentuk kumpulan dan meminta komisyen antara RM12 hingga RM18 bagi sekeping tiket sejak dua tahun lalu daripada pengusaha syarikat bas. Bagi syarikat bas yang enggan membayar komisyen berkenaan, ulat tiket…










