Syarikat kimia terkemuka dunia, BASF telah mengumumkan kerjasama strategik bersama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam usaha memerangi wabak denggi di Malaysia. Ia dilaksanakan menerusi program Banteras Aedes Bersama BASF. Satu Memorandum Perjanjian (MoA) telah ditandatangani bertempat di Bangunan Canselori, UKM Bangi, oleh Timbalan Naib Canselor UKM, Prof. Datuk Dr. Imran Ho Abdullah dan Pengarah Urusan BASF (Malaysia) Sdn. Bhd. dan Ketua Bahagian Perniagaan Malaysia-Singapura, Goh Eng Leong. Ia menjadi titik…









