KAMPALA 8 April – Presiden Uganda, Yoweri Museveni hari ini menegaskan negaranya selamat buat pelancong selepas kes penculikan warga Amerika Syarikat di sini baru-baru ini. Menurutnya, pihaknya berikrar untuk mengetatkan lagi tahap keselamatan di taman negara mereka. Semalam, pelancong bersama jurupandunya dikembalikan dengan selamat selepas wang tebusan dibayar selepas enam hari diculik di Taman Negara Queen Elizabeth. Sektor pelancongan merupakan industri utama di negara itu yang mempunyai tasik besar Victoria, gorila gunung yang unik dan hidupan liar. – AFP
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya