KUALA LUMPUR 2 April – Tindakan Peguam Negara, Tommy Thomas mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) untuk digunakan dalam kelayakan Peperiksaan Sijil Amalan Guaman (CLP) disifatkan sebagai mencabar status quo kedaulatan Perlembagaan Persekutuan. Presiden Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (i-Guru), Mohd. Azizee Hasan berkata, sepatutnya pengiktirafan tersebut dibuat melalui mesyuarat Kabinet bukan oleh Lembaga Kelayakan Profesion Undang-Undang Malaysia (LPQB). “Tindakan ini mencabar status quo kedaulatan Perlembagaan Persekutuan dan boleh mewujudkan dualisme sistem…









