KUALA LUMPUR 1 April – Pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) sepatutnya diputuskan dengan persetujuan Kabinet dan diumumkan oleh Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik bukan sekadar daripada Lembaga Kelayakan Profesion Undang-undang Malaysia (LPQB). Presiden Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Pena), Dr. Saleeh Rahamad berkata, kerajaan perlu tegas dalam hal tersebut kerana sistem pendidikan negara adalah sesuatu yang akan memberi kesan jangka pendek dan panjang serta bukan perkara yang boleh diputuskan dengan tergesa-gesa.…










