PUTRAJAYA – Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad dan Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong akan berunding pada permukiman pertama mereka esok (April 9) bersempena Permukiman ke-9 Pemimpin-pemimpin Malaysia-Singapura di pusat pentadbiran Malaysia di sini. Pada permukiman itu, kedua-dua perdana menteri dijadual mengadakan pertemuan empat mata diikuti satu mesyuarat delegasi, kata Wisma Putra hari ini. “Mereka dijangka membincangkan isu-isu keprihatinan bersama, mengkaji kemajuan kerjasama yang sedia wujud, dan meninjau…










