Tukang cuci jumpa 4 ekor ular sawa burung dalam tangki pam tandas - Utusan Malaysia

Tukang cuci jumpa 4 ekor ular sawa burung dalam tangki pam tandas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADANG TERAP 11 April – Seorang tukang cuci terkejut apabila menemukan empat ekor ular sawa burung di dalam tangki pam sebuah tandas di Perpustakaan Desa Padang Nyiur, di sini hari ini.

Reptilia tersebut ditemukan Norizan Ahmad, 36, ketika dia mahu mencuci tandas termasuk bahagian tangki pam berkenaan kira-kira pukul 10.30 pagi.

Menurut Pegawai Pertahanan Awam daerah, Leftenan (PA) Mohd. Shukri Shuib, pihaknya menerima panggilan berhubung penemuan ular terbabit pada pukul 10.50 pagi.

“Empat anggota diketuai Sarjan (PA) Mohd. Rodzi Ahamad bergegas ke lokasi kejadian dan mengambil masa kira-kira 10 minit untuk menangkap keempat-empat ular tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kata beliau, empat ular sawa burung yang dipercayai baru menetas tinggal di situ kerana mencari tempat yang sejuk untuk berlindung.

“Ular sawa burung sering ditemukan secara berkumpulan dan kita pernah membuat tangkapan melibatkan 10 ekor ular sawa jenis ini di tempat yang sama,” ujarnya.

Tambah beliau, keempat-empat ular tersebut akan diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk tindakan selanjutnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN