KUALA LUMPUR 22 April – Tujuh pasukan Liga Malaysia (Liga M) dikenakan tindakan pemotongan 50 peratus daripada jumlah geran bagi musim 2019 berikutan gagal mematuhi tarikh akhir pendaftaran pasukan pada 31 Disember 2018. Tujuh pasukan terbabit terdiri daripada tiga pasukan Liga Super dan empat pasukan Liga Perdana. Tiga pasukan Liga Super itu adalah Kuala Lumpur, Felda United dan Melaka manakala pasukan Liga Perdana ialah Kelantan, PDRM, Sarawak dan Pulau Pinang.…










