Tok Mat puas hati kempen BN lancar - Utusan Malaysia

Tok Mat puas hati kempen BN lancar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU 5 April – Memasuki pertengahan tempoh berkempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, gerak kerja di kem Barisan Nasional (BN) kini berada dalam momentum terbaik dan berjalan lancar untuk menambat sokongan pengundi.

Calon BN, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, beliau setakat ini berpuas hati dengan gerak kerja kempen yang dijalankan sebaik mungkin serta strategi selepas ini akan diteruskan dengan bertemu seramai mungkin penduduk menjelang hari pengundian pada 13 April.

“Nampaknya momentum semasa tempoh berkempen ini berjalan lancar dan amat baik sekali, jentera kempen bergerak seperti dirancang malah juga secara menyeluruh. Kita cuba untuk berjumpa seramai mungkin pengundi dalam DUN Rantau mengikut Pusat Daerah Mengundi (PDM).

Memuatkan artikel berkaitan…

“Alhamdulillah, setakat ini semua sangat baik dan saya juga gembira kerana tidak ada insiden berlaku yang melanggar peraturan-peraturan pilihan raya bagi pihak BN. Saya yakin gerak kerja yang dilakukan oleh jentera mengikut PDM akan terus berjalan dengan baik,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Mohamad yang juga merupakan Timbalan Presiden UMNO menambah, beliau tidak menghadapi sebarang cabaran besar semasa berkempen bagi memenangi hati pengundi.

“Tiada cabaran apa-apa, selama ini pun saya bergerak, saya menjalankan tanggungjawab sebagai wakil rakyat dan setiap minggu saya adakan hari bertemu dengan rakyat di pejabat saya.

“Walaupun sibuk bertugas sebagai seorang Menteri Besar pada masa itu tetapi saya tak pernah gagal untuk menyelenggara dan mengurus tadbir kawasan dalam DUN saya. Alhamdulillah ini menyebabkan saya dapat mengadakan hubungan rapat dengan penduduk,” katanya.

Kata Mohamad lagi, beliau juga sendiri telah membesar dan bersekolah di Rantau jadi tiada isu yang dilihat boleh mengganggu kempennya dalam PRK kali ini.

“Saya bukannya orang luar yang bertanding di sini dan rakyat sudah tahu dan mengenali saya maka ini memudahkan sikit kerja,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini