KUALA LUMPUR 9 April – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) menganggap Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebagai orang biasa. Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, atas sebab itu beliau berhak untuk mengeluarkan sebarang kenyataan yang tidak bersifat hasutan. “Dia boleh cakap seperti orang biasa, kita anggap dia orang biasa. Asalkan dia tidak buat kenyataan yang dianggap hasutan,” katanya dalam sidang akhbar di lobi Parlimen, hari ini. Beliau diminta…










