Tingkatkan ilmu berkaitan e-dagang, penipuan online - Utusan Malaysia

Tingkatkan ilmu berkaitan e-dagang, penipuan online

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NILAI – Anggota bahagian penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna disaran agar mempertingkatkan ilmu berkaitan e-dagang dan bentuk-bentuk penipuan dalam talian.

Menteri berkenaan, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, jika 47 tahun dahulu fenomena penipuan dalam talian ini tidak wujud, namun pada hari ini ia semakin berkembang.

Beliau berkata, anggota penguatkuasa kini bukan sahaja berdepan dengan aduan masyarakat mengenai harga barang, tetapi juga penipuan dalam talian.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sehubungan itu, bagi menjaga kepentingan rakyat dan pengguna, beliau menggariskan tiga perkara untuk menjadikan bahagian penguatkuasa relevan dan berdaya saing dalam mendepani cabaran mendatang.

Tiga perkara itu ialah anggota perlu meningkatkan ilmu pengetahuan demi mendepani masyarakat yang kian rencam; meningkatkan kemahiran penguatkuasaan dan  mempunyai sikap yang baik serta berintegriti. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini