Tiga PATI gagal sambut Ramadan di kampung - Utusan Malaysia

Tiga PATI gagal sambut Ramadan di kampung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG – Hasrat tiga pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia menyambut Ramadan di kampung halaman tidak kesampaian selepas diberkas Pasukan Polis Marin (PPM) menerusi Ops Pensura, semalam. Ketiga-tiga wanita berusia lingkungan 29 hingga 49 tahun itu ditahan kira-kira pukul 1 petang sekitar kawasan Jeti Awam Pulau Ketam. Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Pelabuhan Klang, Deputi Superintenden Khairuddin Jamal berkata,  ketiga-tiga PATI didapati dalam keadaan mencurigakan dengan hasil pemeriksaan kesemuanya tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah. “Siasatan awal kita mendapati, ketiga-tiga wanita ini dipercayai akan berangkat pulang ke Medan, Indonesia…

 

Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN