Tiga parah kereta bertembung bas bomba - Utusan Malaysia

Tiga parah kereta bertembung bas bomba

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI – Tiga lelaki cedera parah apabila kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah bas Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri di Jalan Ayer Hangat, Kisap di sini hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 11.40 pagi itu berlaku apabila kereta jenis Perodua Myvi yang datang dari arah Kuah menghala Ayer Hangat hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan dan merempuh bas jenis Hino.

Mangsa yang cedera ialah pemandu Myvi, Mohd Sukri Idris, 24, dan dua penumpang kereta tersebut iaitu Mohd. Sabri Hussin, 24 dan Zakaria Ismail, 26.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sementara dua daripada 30 penumpang bas JBPM dilaporkan mengalami kecederaan ringan. 
Bas tersebut dikatakan dalam perjalanan untuk menghantar kakitangan JBPM menghadiri kursus di Balai Bomba dan Penyelamat Langkawi. 

Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, kemalangan itu mengakibatkan tiga lelaki yang menaiki Perodua Myvi cedera iaitu pemandu, Mohd. Sukri cedera pada kaki dan kepala; penumpang hadapan, Mohd. Sabri cedera pada kepala dan tangan manakala Zakaria cedera pada kepala dan kaki.

“Ketiga-tiga mangsa masih menerima rawatan di Hospital Sultanah Maliha, Langkawi dan siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk mengesan saksi kejadian,” katanya.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Akta Pengangkutan Jalan 166/59. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini