PARIT 3 April – Tiga pengawal keselamatan sekolah antara 111 individu yang ditangkap polis daerah Perak Tengah kerana disyaki terbabit dalam aktiviti penyalahgunaan dadah sepanjang bulan lalu. Dua lelaki berusia 21 tahun dan seorang 27 tahun yang diberkas pada 27 Mac lalu itu masing-masing positif dadah methamphetamine menerusi pemeriksaan saringan air kencing yang dilakukan. Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintenden Mohamad Zainal Abdullah berkata, pemeriksaan badan terhadap ketiga-tiga penagih dadah…










