KUALA LUMPUR 9 April – Tiada keperluan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat pengurusan Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji). Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof berkata, kelemahan yang berlaku terhadap institusi kewangan itu amat jelas. “RCI ini perlu dibuat jika ada perkara yang tak jelas dan banyak perkara misteri dalam Tabung Haji. Tapi tiada yang misteri. “Ini satu benda yang jelas, kerana itu kerajaan memberikan komitmen…










