SEREMBAN – Timbalan Pengerusi DAP, Gobind Singh Deo hari ini mengkritik pembangkang yang sering menyatakan kerajaan baharu Pakatan Harapan (PH) gagal melaksanakan manifesto seperti dijanjikan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) lepas. Gobind yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata, walaupun baru 11 bulan mentadbir, kerajaan PH sebenarnya sudah melaksana teras utama manifestonya bagi menyelamatkan Malaysia daripada rasuah dan salah guna kuasa. Beliau berkata, ini terbukti, antara lain menerusi tindakan kerajaan…








