PUTRAJAYA – Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia membuka semula pendaftaran calon persendirian bagi peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) 2019 bermula 15 April sehingga 30 April ini. Lembaga Peperiksaan dalam satu kenyataan berkata, pihaknya telah menerima banyak permohonan daripada orang ramai agar pendaftaran SPM 2019 dibuka semula meskipun ia sudah ditutup pada 31 Mac lalu. Jelasnya, pendaftaran boleh dibuat secara dalam talian dengan melayari laman web Lembaga Peperiksaan di alamat http://sppat.moe.gov.my.…










