IPOH 11 April – Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menegaskan Perak bukan antara enam negeri yang bersetuju dengan rancangan untuk menaikkan tarif air. Beliau berkata, pihaknya sebaliknya bersetuju untuk memastikan perkhidmatan yang diberikan adalah lebih baik sekali gus memastikan kelestarian syarikat Lembaga Air Perak (LAP) untuk jangka masa panjang. Menurut beliau, pihaknya mahupun LAP masih lagi melakukan kajian dan belum membuat sebarang keputusan mengenai perkara tersebut. “Hari ini…










