Tapak pelupusan sampah murah diserbu - Utusan Malaysia

Tapak pelupusan sampah murah diserbu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 9 April – Tapak pelupusan haram yang mengenakan caj pembuangan sampah pada bayaran jauh lebih rendah daripada harga pasaran diserbu Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) di sini hari ini.

Serbuan di premis yang dipercayai beroperasi sejak tiga tahun lalu itu turut merobohkan struktur binaan tanpa kebenaran yang digunakan sebagai tempat pemeliharaan anjing.

Timbalan Pengarah Jabatan Korporat dan Pengurusan Strategik MPSJ berkat, Azfarizal Abdul Rashid, tapak pelupusan sampah itu beroperasi secara haram di atas tanah milik kerajaan dengan mengenakan caj RM30 bagi satu tan sampah yang dibuang.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Harga itu jauh lebih murah jika dibandingkan dengan kebanyakan tempat pembuangan sampah lain yang mengenakan bayaran kira-kira RM120 bagi setiap tan.

“Kewujudan tapak ini membuka peluang kepada sesetengah pihak memilih lokasi berkenaan yang murah dan lebih dekat,’’ katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Operasi yang disertai kira-kira 60 anggota penguatkuasa MPSJ itu turut melibatkan Pejabat Tanah Daerah Petaling.

Penceroboh tanah milik kerajaan itu akan dikenakan tindakan di bawah Kanun Tanah Negara Seksyen 425 Pencerobohan Tanah Kerajaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini