SEKITAR hujung tahun lalu, Asisten Superintenden Mohamad Jazlan Sharif yang ketika itu sedang bermesyuarat telah ‘disapa’ dua individu tidak dikenali yang bersungguh-sungguh mahu bertemu dengannya. Kehadiran wanita tua ditemani anak lelakinya dengan pandangan sayu dan linangan air mata itu menimbulkan tanda tanya di hati Ketua Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Perak Tengah itu tentang apa sebenarnya yang terjadi kepada mereka? Tanda tanya itu terjawab apabila lelaki muda…










