Tan Sri dan isteri dera amah didakwa esok - Utusan Malaysia

Tan Sri dan isteri dera amah didakwa esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 11 April – Pasangan suami isteri bergelar Tan Sri dan Puan Sri yang didakwa mendera tiga pembantu rumahnya sehingga mereka bertindak melarikan diri pada 26 Mac lalu akan dihadapkan ke Mahkamah Klang esok.

Menurut sumber, Tan Sri berusia 58 tahun dan isterinya itu akan didakwa di mahkamah kerana menjadikan tiga pembantu rumahnya sebagai buruh paksa.

Katanya, pendakwaan akan dibuat mengikut Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Atipsom) 2007 dibaca bersama dengan Seksyen 34 akta sama.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sebelum ini, media melaporkan polis telah menahan pasangan bergelar Tan sri dan Puan Sri itu selepas merakam semula percakapan tiga pembantu rumah yang didakwa didera sehingga bertindak melarikan diri dari kediaman individu tersebut di Kajang dekat sini, 26 Mac lalu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini