KUALA LUMPUR 11 April – Pasangan suami isteri bergelar Tan Sri dan Puan Sri yang didakwa mendera tiga pembantu rumahnya sehingga mereka bertindak melarikan diri pada 26 Mac lalu akan dihadapkan ke Mahkamah Klang esok. Menurut sumber, Tan Sri berusia 58 tahun dan isterinya itu akan didakwa di mahkamah kerana menjadikan tiga pembantu rumahnya sebagai buruh paksa. Katanya, pendakwaan akan dibuat mengikut Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran…










