KUALA LUMPUR 24 April – Persatuan Badminton Malaysia (BAM) tidak dapat mengesahkan tarikh sebenar Datuk Lee Chong Wei akan kembali beraksi secara kompetitif. Pemenang tiga pingat perak Sukan Olimpik itu dilihat akan berdepan kesukaran untuk layak ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 jika gagal kembali menjelang Ogos ini. Ketika ini Persekutuan Badminton Dunia (BWF) memberi ‘perlindungan’ kepada ranking Chong Wei selepas dia disahkan menghidap kanser hidung, namun ia hanya bertahan untuk tempoh setahun. Kali terakhir pemain berusia 37 tahun itu beraksi ialah pada Terbuka Indonesia tahun lalu dan selepas menjalani rawatan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya