KUALA LUMPUR 24 April – Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengakui, skuad negara tidak memiliki kekuatan untuk mencabar kejuaraan Piala Sudirman yang akan berlangsung di Nanning bermula 19-26 Mei ini. Pengarah Kejurulatihan BAM, Wong Choong Hann menyedari hakikat itu, namun tetap meletakkan sasaran peribadi untuk melihat mereka menewaskan India dalam peringkat kumpulan, selain cuba memberi tentangan kepada juara 10 kali, China. Dua pasukan terbaik kumpulan layak ke suku akhir. Katanya, kejohanan di Nanning adalah langkah awal bagi mempersiapkan pemain menghadapi cabaran berpasukan akan datang termasuk Piala Thomas. “Atas kertas memang kita…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya