KUALA LUMPUR 5 April – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) perlu memberi penjelasan mengenai beberapa persoalan penting berhubung pengisytiharan hibah pada kadar 1.25 peratus bagi tahun kewangan 2018 yang melibatkan pengagihan RM913 juta kepada semua pendeposit. Penjelasan itu perlu dibuat secara telus memandangkan kadar diumumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof itu adalah yang terendah dalam sejarah pemberian hibah Tabung Haji.…










