KUALA LUMPUR 9 April – Pergerakan Pemuda UMNO Selangor mendesak supaya Ketua Audit Negara tampil memberikan penjelasan berhubung isu melibatkan audit kewangan Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji). Ketuanya, Rizam Ismail berkata, ia perlu kerana akaun Tabung Haji sebelum ini telah diaudit dan diberikan sijil pematuhan audit oleh Jabatan Audit Negara. Kata beliau, dakwaan bahawa Tabung Haji sebelum ini sudah rosak dan mengagihkan hibah secara haram secara tidak langsung menuduh Ketua…










