KUALA LUMPUR 8 April – Syarikat pemilik bas yang terlibat dalam kemalangan di Jalan S8 Pekeliling berhampiran MASkargo Sdn. Bhd. (MASkargo) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akan disiasat esok. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) akan melakukan siasatan terhadap aspek keselamatan syarikat tersebut. “Syarikat pemilik bas kilang berkenaan, CJ Global Travel and Tours Sdn. Bhd.…










