MIRI, 10 April – Seorang wanita terpaksa berputih mata apabila wang simpanan berjumlah RM239,000 lesap akibat diperdaya oleh seorang individu yang menyamar sebagai pegawai polis Khamis lepas. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Sarawak Superintenden Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata, mangsa seorang suri rumah berusia 40 tahun di sini telah dihubungi seorang lelaki mendakwa sebagai pegawai Kastam pada 4 April mengatakan mangsa mempunyai hutang Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) berjumlah RM45,700,00…










