ALOR GAJAH 30 April – Hampir 20,000 pengguna air di sekitar daerah ini mengalami masalah gangguan bekalan air akibat pencemaran ammonia yang berlaku di loji rawatan air milik Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) di Gadek di sini sejak minggu lalu. Pencemaran itu dikatakan berpunca daripada tindakan pemilik kolam ternakan ikan keli di Hutan Percha di sini yang melepaskan sisa buangan secara tidak tersusun ke Sungai Batang Melaka. Pengerusi Jawatankuasa Kerja…