KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan Persatuan Francais Malaysia (MFA)mengadakan program Street Attack sempena Persidangan dan Pameran Francais Antarabangsa Malaysia (FIM) 2019 berdekatan Fahrenheit 88 dan Sogo hari ini.
Ia sebahagian dari promosi bagi menarik minat pengunjung untuk bersama di program FIM 2019 yang dijadualkan bertempat di Pusat Persidangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLCC) dari 5 hingga 7 April 2019.
KPDNHEP dalam satu kenyataan menyatakan, Program Street Attack yang mempersembahkan dua jenis tarian, tradisional dan persembahan flashmob dengan penyertaan kira-kira 25 orang peserta.
Timbalan Ketua Setiausaha (Perdagangan Dalam Negeri) KPDNHEP, Datuk Badrul Hisham Mohd turut bersama-sama dalam program promosi ini.
“Kumpulan Street Attack ini akan bergerak ke Fahrenheit 88 dengan menaiki bas Hop On yang disewa khas sebelum berakhir di destinasi kedua iaitu di Sogo, Jalan Tuanku Abdul Rahman kira-kira 8 kilometer dari lokasi pertama”.
“Orang ramai berpeluang bersama-sama di dalam tarian tradisional dan moden ketika flashmob ini. Program ini melibatkan kerjasama strategik pihak KPDNHEP, Persatuan Francais Malaysia (MFA) dan pemain industri francais. Melalui street attack ini KPDNHEP dapat mempromosikan program-program francais secara lebih interaktif,” jelas kenyataan itu.
FIM 2019 kini memasuki edisi ke-26 penganjuran yang diusahakan bersama antara Bahagian Pembangunan Francais, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan Persatuan Francais Malaysia (MFA).
FIM 2019 adalah pameran Francais tahunan yang terbesar di negara ini kerana ia membabitkan penyertaan dari dalam dan luar negara disamping membuka peluang pempamer, pengunjung atau peserta pameran untuk berinteraksi disamping bertukar-tukar maklumat mengenai peluang-peluang untuk mengembangkan industri francais di peringkat global. – K! ONLINE
Program Street Attack yang mempersembahkan dua jenis tarian, tradisional dan persembahan flashmob dengan penyertaan kira-kira 25 orang peserta.










