KUALA LUMPUR 6 April – Sehari selepas Malaysia mengumumkan penarikan diri daripada meratifikasi Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC), Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim terus mempersoalkan kewajaran memeterai perjanjian antarabangsa. Dalam akaun Twitter rasmi miliknya, Tunku Ismail membangkitkan persoalan berhubung perjanjian antarabangsa yang ditandatangani negara-negara seluruh dunia dengan kekejaman berterusan yang terpaksa dihadapi rakyat Palestin. “Sekiranya semua perjanjian antarabangsa ini benar-benar bagus dan efektif, mengapa kita masih melihat…










