PUTRAJAYA 1 April – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan seorang Setiausaha Politik kerana disyaki menerima suapan berbentuk seutas jam tangan dianggarkan bernilai kira-kira RM28,000. Menurut sumber, lelaki berusia 47 tahun tersebut ditahan kira-kira pukul 5 petang di Ibu Pejabat SPRM di sini ketika hadir memberi keterangan. Siasatan awal mendapati lelaki terbabit dipercayai menerima jam tangan mewah itu sebagai dorongan membolehkan sebuah syarikat pembangunan mendapatkan projek-projek di bawah…










