SPRM tahan pegawai kanan polis - Utusan Malaysia

SPRM tahan pegawai kanan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 10 April – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan seorang pegawai kanan polis berpangkat Asisten Superintenden kerana dipercayai terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram berjumlah RM17,000.

Menurut sumber SPRM, lelaki berusia 53 tahun itu ditahan kira-kira pukul 2.30 petang di Pejabat SPRM Melaka ketika hadir untuk memberi keterangan.

“Pegawai kanan polis tersebut dipercayai menerima wang berjumlah RM17,000 yang dipercayai hasil aktiviti haram membabitkan kegiatan perjudian di sekitar Melaka pada Februari sehingga Mei 2017,” katanya di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.

Ujarnya, pegawai kanan polis tersebut akan didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru pagi esok mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA). – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini