PUTRAJAYA 1 April – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menafikan dakwaan calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, Datuk Seri Mohamed Hasan terhadap dakwaan melewatkan hari penamaan calon. Pengerusi SPR, Azhar Azizan Harun memaklumkan, selaras Perkara LVI (5) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan, pihaknya dikehendaki mengisi kekosongan kerusi terbabit dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan tersebut setelah menerima perakuan daripada Pejabat Pendaftar Mahkamah…










