LONDON 10 April – Pada ketika kebimbangan menyelubungi Tottenham ekoran kecederaan yang dialami Harry Kane dan Dele Alli, Son Heung-min muncul penyelamat apabila meledak gol tunggal untuk membantu Spurs menewaskan Manchester City 1-0 dalam suku akhir pertama Liga Juara-Juara hari ini. Beraksi di stadium baharu Tottenham Hotspur, Heung-min meledak gol kemenangan ketika permainan berbaki 12 minit untuk ditamatkan. Terdahulu, penjaga gol Spurs, Hugo Lloris turut cemerlang menyelamatkan sepakan penalti Sergio Aguero pada babak pertama. Tottenham menguasai sebahagian besar permainan dan tidak bernasib baik gagal menambah jaringan. Kedua-dua pasukan bagaimanapun akan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya