SME Bank guna fintech nilai kredit pengguna - Utusan Malaysia

SME Bank guna fintech nilai kredit pengguna

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 5 April – SME Bank merancang mengguna pakai kerangka kerja skor kredit tradisional dan alternatif untuk para pelanggannya menerusi kerjasama pembekal penyelesaian teknologi kewangan, Orion IXL Berhad (Orion IXL).

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Orion IXL, Mohamad Shaharul Mohamad Shariff berkata, syarikat itu memanfaatkan aliran data alternatif seperti perkhidmatan pesanan ringkas, emel, media sosial dan trend industri untuk menilai kelayakan kredit pelanggannya.

Menurut beliau, pihaknya juga akan memanfaatkan data berskala besar dan pemilihan kredit berasaskan risikan berdasarkan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang membolehkan unjuran hasil pembayaran pembiayaan dibuat.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Orion IXL akan menjalankan proses simulasi dan alat statistik lain bagi membantu menilai risiko pembiayaan secara tunggal dan/atau kumulatif,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, Orion IXL dan SME Bank menandatangani memorandum persefahaman (MoU) untuk bekerjasama dan menggunakan dua pendekatan iaitu skor kredit bagi menilai kedudukan kewangan serta kelayakan PKS dan memadankan skor itu dengan pembiayaan yang sesuai dari SME Bank.

Sementara itu, Presiden dan CEO SME Bank, Aria Putera Ismail berkata, MoU itu merupakan langkah pertama bank untuk mencapai inisiatif transformasi digital yang dijangka menjadi pencetus perubahan mengenai bagaimana penggunaan teknologi digital dalam menyokong dan mengembangkan perniagaan PKS. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini