KUALA LUMPUR 12 April – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta Polis Diraja Malaysia (PRDM) menjalankan siasatan ke atas pihak yang menghina Yang di-Pertuan Agong.
Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Sultan Ahmad Shah dalam media sosial.
SKMM dalam kenyataan hari ini memaklumkan siasatan itu dilakukan susulan laporan daripada orang ramai berkenaan tindakan pihak tidak bertanggungjawab memuat naik imej yang menghina Seri Paduka dalam laman Facebook semalam.
“Kita juga dimaklumkan yang PDRM sedang menjalankan siasatan ketika ini dan penyelarasan serta perkongsian maklumat sedang giat dijalankan.
“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 233 (1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana menggunakan kemudahan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi secara sedar untuk menyebarkan berita dengan niat mengganggu orang lain,” katanya di sini.
Kenyataan itu turut memaklumkan sekiranya didapati bersalah, suspek boleh didenda RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali. – UTUSAN ONLINE










