KUALA LUMPUR 24 April – Sistem Biometrik Pemeriksaan Saringan Kesihatan Pekerja Asing bagi menangani masalah pemalsuan identiti dijangka berkuat kuasa sepenuhnya menjelang hujung tahun ini, menurut Agensi Pemantauan dan Pemeriksaan Perubatan Pekerja Asing (Fomema). Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Presidennya, Datuk Mohd. Hatar Ismail berkata, sistem pengesahan cap jari biometrik itu adalah satu penambahbaikan dalam program saringan kesihatan pekerja asing bagi membantu lebih 2,000 klinik panel dan pusat x-ray panel mereka mengenal pasti identiti setiap pekerja asing yang menjalani pemeriksaan. Menurut Mohd. Hatar, proses menaik taraf sistem komputer di sesetengah klinik…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya