SINGAPURA 30 April – Singapura akan memiliki hab halal yang berdedikasi dan termaju di Asia Tenggara dalam tempoh dua tahun lagi. Hab tersebut terletak di kawasan barat negara ini serta akan menempatkan unit pemprosesan makanan, dapur berpusat, bilik sejuk, Pusat Kecemerlangan Halal dan operasi logistik dalam sebuah kompleks bertingkat yang canggih. “Singapura telah mencari peluang untuk membangunkan sebuah platform perniagaan halal bersepadu sejak beberapa tahun lepas. Cadangan hab halal ini…