Singapura antara pasaran tumpuan sindiket dadah - Polis - Utusan Malaysia

Singapura antara pasaran tumpuan sindiket dadah – Polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING 1 April – Sindiket dadah yang menjadikan Malaysia negara transit menyasarkan Singapura sebagai antara pasaran utama mereka berikutan harga yang lebih lumayan berbanding di negara ini.


Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh berkata, turut menjadi pilihan sindiket ialah Indonesia, Filipina dan Australia.

“Malaysia pula dipilih sebagai negara transit berikutan kedudukannya yang strategik di Asia Tenggara,” katanya dalam sidang akhbar selepas mengadakan lawatan kerja ke Ibu pejabat Polis Kontinjen Sarawak di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut Mohmad, rampasan terbesar melibatkan dadah jenis syabu seberat 2.06 tan bernilai RM103.2 juta di Johor baru-baru ini.

Jelasnya, dadah terbabit boleh menampung keperluan 10.3 juta penagih di rantau ini dan dadah tersebut dipercayai diseludup masuk melalui jalan laut dari kawasan Segi Tiga Emas Thailand-Myanmar-Kemboja.


“Sindiket-sindiket ini juga amat licik, pelbagai jenis modus operandi digunakan bagi mengelakkan aktiviti mereka dihidu oleh pihak berkuasa.

“Bagaimanapun saya percaya dengan kerjasama yang erat antara polis Malaysia dan agensi dadah antarabangsa negara jiran, kita mampu mengambil tindakan cepat bagi melumpuhkan sindiket-sindiket tersebut,” katanya. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini