BUTTERWORTH 9 April – Polis berjaya melumpuhkan satu sindiket mencuri kenderaan dengan tertangkapnya empat lelaki yang juga penagih dadah di Machang Bubok, Bukit Mertajam, di sini pagi tadi. Dalam Op Sarang kira-kira pukul 10.30 pagi oleh sekumpulan anggota polis daerah Seberang Perai Tengah (SPT) itu, sebanyak lima buah kenderaan curi turut ditemukan di rumah tidak bernombor yang didiami kesemua suspek. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros…










