KUALA LUMPUR 6 April – Pertahanan import Kedah, Shakir Hamzah dipilih sebagai pemenang Anugerah Pemain Terbaik Liga Super Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM)-Asiana.my untuk bulan Februari. Kejayaan tersebut membolehkannya menerima trofi dan sebingkai gambar sumbangan Asiana.my, selain wang tunai berjumlah RM1500, jersi khas tajaan Great Heights dan gel sukan aktif tajaan Maselfix. Anugerah tersebut disampaikan oleh EXCO PFAM, Baddrol Bakhtiar dan jurulatih Kedah, Aidil Sharin Sahak dalam satu…










