KUALA LUMPUR 5 April – Gara-gara menyewakan premis kepada warga asing, lesen perniagaan empat peniaga tempatan ditarik Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dalam Operasi bersepadu melibatkan anggota penguat kuasa MPAJ, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia baru-baru ini. Operasi yang berlangsung kira-kira empat jam bermula pukul empat petang itu mensasarkan beberapa lokasi termasuk di bawah jejantas Lingkaran Tengah 2 (MRR2) Kampung Pandan, Angsana Hilir, Jalan Mewah…










