ISLAMABAD 12 April – Sekurang-kurangnya 20 terbunuh manakala 48 lagi cedera dalam satu insiden letupan yang menggegarkan sebuah pasar di barat daya bandar Quetta hari ini. Portal berita al-Jazeera memetik kenyataan polis sebagai berkata, serangan itu merupakan yang terbaharu disasarkan terhadap komuniti minoriti Hazara di bandar berkenaan. Menurut Ketua Polis Quetta, Abdul Razzaq Cheema, ketika kejadian, orang ramai sedang membeli sayur-sayuran pada awal pagi. “Penduduk komuniti Hazara sering ke pasar setiap hari untuk membeli barangan dan kami menyediakan pengiring keselamatan untuk mereka. Mereka berada di pasar tersebut ketika polis dan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya